Ahad, 8 April 2012

kuih raya murahhh?????

Kuih Raya Murah???????????



As slm semuaaaa....

Apa pun yg anda sedang lakukan kami sentiasa mengharapkan anda sentiasa ceria dan bahagia dgn insan yg tersyg....

Kejap je lagik nak Masuk Ramadhan kannnn....

Masa ni la ramai yg mencari peluang2 berniaga kuih raya...dan sudah tentu nak cari suplier kuih yg sedapppp,cantik buatan kuihnya dannnn murahhhhhh...kannnnn:D



tapi baca Artikel ni dulu..













*GAMBAR HANYA HIASAN TIADA KENE MENGENA YG HDUP/YG MATI..*



Inilah masalah kritikal kita hari ini...Kuih raya murah dari cina!!!!!Alamakkk…serendah rm12 sebekas???....



Harga jauh lebih murah, timbul persoalan kandungan bahan digunakan sebagai ramuan



KUANTAN: Keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri, memberi peluang pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual kuih biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dandiragui status halalnya.



Malah, kuih dan biskut raya itu dijual dengan harga lebih rendah dan tidak munasabah, sekaligus turut menjejaskan perniagaan usahawan Bumiputera.



Tinjauan ke beberapa pasar raya utama di sini mendapati kebanyakan premis itu menawarkan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dengan harga serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenis biskut.




Antara biskut yang dijual termasuk tart nenas, biskut kekacang, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat. Berbanding biskut yang dijual usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, harga ditawarkan itu terlalu rendah sehingga 50% berbanding harga barangan keluaran usahawan Bumiputera, iaitu antara RM20 hingga RM30 untuk kuantiti sama.



Seorang usahawan PKS yang hanya mahu dikenali sebagai Samsiah, 43, berkata beliau terbabit dalam perniagaan membuat kek dan biskut sejak lima tahun lalu dengan memperoleh keuntungan berpatutan.







“Bagaimanapun, dengan keuntungan sekecil itu, kami tidak mampu menawarkan biskut dengan harga terlalu rendah, walaupun terpaksa mengurangkan bahan. Pengedar biskut import yang tidak diketahui pengeluarnya itu mampu menjual dengan harga rendah sehingga boleh menjejaskan perniagaan kami,” katanya.




Selain harga rendah, kualiti dan kandungan biskut terbabit turut diragui kerana difahamkan, sesetengah pengedar cuna mengaut keuntungan dengan mengimportnya dari China. Bahan yang digunakan dalam pembuatan biskut itu juga amat meragukan kerana negara luar tidak tertakluk kepada status halal, sebaliknya mereka bebas mencampurkan apa saja untuk menambah rasa enak kuih.




Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Makanan Halal, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Rasmawi harun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung biskut raya yang dijual di pasaran. Mengulas kemungkinan biskut terbabit yang dibawa dari China dan mengandungi bahan tidak halal, Rasmawi berkata, ia tertakluk kepada pemantauan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).







“Jika terbukti pengeluar gagal menyatakan kandungan sebenar dalam makanan yang dikeluarkan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1975, tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Bagi isu penggunaan logo halal oleh pengeluar, kita hanya boleh mengambil tindakan jika dapat membuktikan bahan digunakan dalam makanan tidak halal,” katanya.



Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah pula berkata, kuih dan biskut raya yang diimport itu perlu dipastikan status halal walaupun dijual dengan harga murah.



“Pengguna perlu memastikan bahan digunakan halal kerana pengeluar di negara luar seperti China dan Thailand tidak memberi keutamaan terhadap perkara itu,” katanya.


Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau dan mengambil tindakan segera jika ada biskut raya yang dijual tanpa menggunakan logo halal yang sah atau bahan kandungannya boleh diragui.





Dah baca artikel dah...:D



Jadiii....


Kami di kak nor cookies membantu membantu ramaiii org menikmati cookies & cake yg Halal,Xtra sedap dan bagus utk kesihatan dgn bebas bahan pengawet dan saya membantu ramaii org utk menikmati pendapatan pasif dgn menjadi pengedar premium cookies kami...Siapa nak FREE sampel Cookies hubungi saya skrg!..stok terhad! 017-6944210 Ayi Linda Knc Cookies :) Moga anda sentiasa bahagia dan ceria....

Fast action Fast result!!!